Monday, May 4, 2009

Cermin Ku Retak Seribu


erm...ni hasil dari aku balik dari Johor Iskandar Open.Adalah beberapa lagi gambar yang akan di upload nanti.....
nak diceritakan tentang pengalaman 3 hari menjayakan Johor Golf open tu agak tak best..

Saya ceritakan juga bagi meuar-uarkan rasa ketidakpuasan hati di dalam blog ini...

kami menyertai golf open ni atas dasar ingin mencari pengalaman dan mendapat sokongan dari Pensyarah Dr Anizu....kedudukan tugas kami adalah menjadi sukarelawan.....

Apa yang tak berapa puas hati ni, kami pelajar2 Sains sukan yang menjadi sukarelawan ni diberikan tugas yang berat. Berpanas di GREEN satu hari tanpa apa2 bayaran...
saya telah bertanya seorang sukarelawan yang merupakan ahli keb golf johor, pada mulanya dia cakap, dowang di bayar dengan satu kadar tertentu, setelah mendapat maklumat tersebut saya dan rakan2 telah bersepakat mengajukan soalan kepada organizer tentang status kami.Namun organizer cakap memang tak bayar apa2 kepada sukarelawan, pada keesokan harinya, saya tanya lagi kepada sukarelawan lain tentang status pembayaran mereka, tapi kali ni jawapannya berubah, mereka tak akan menerima apa-apa bayaran....

Apa yang bermain di kotak fikiran saya, takkanlah tak ada budget untuk diberikan elaun kepada sukarelawan. Pertandingn yang bernilai berjuta2 USD wang hadiahnya, tak sediakan sedikit peruntukan untuk sukarelawan????
di mana silapnya????

Nak di ikutkan hati, ramai pelajar2 Sains Sukan ketika itu dah nak cabut pada hari ke dua, tapi memikirkan maruah serta air muka pensyarah kami Dr Anizu yang mungkin kena menghadap Tengku Bendahara Johor di atas kelakuan kami, kami ikutjer pe el organizer.

Saya yakin, selepas ini kalau ada lagi pelawaan dari Persatuan Golf Johor jawapannya tidak...
Sayonara...

No comments:

Post a Comment